Sabtu, 17 Mei 2014

MAKALAH





      


 

ISLAM DAN HUBUNGAN TAMADUN MELAYU

Di Susun Oleh :
Umi Salamah
Rohimah
Nur Fadlina

Lokal / semester    :  A / VI
Prodi                     :  S1-PGMI
Matakuliah            :  Islam dan Tamadun Melayu
Dosen pengampu  :  H. Faishal Shadik, S.H.I, M.S.I

SEKOLAH TINGGI AGAMA ISLAM
AULIAURRASYIDIN
TEMBILAHAN
2013/2014












BAB I
PENDAHULUAN

1.1     Latar Belakang
               Kehadiran Islam di Alam Melayu telah membawa perubahan besar ke atas nilai dan budaya orang Melayu. Peralihan gaya berfikir, corak sosial, dan interaksi muamalat di kalangan orang Melayu dan masyarakat sekitar telah diungguli oleh nilai tradisi Islam, sehingga unsur-unsur Hindu-Buddha hampir terhakis dalam gaya hidup dan corak pemikiran masyarakat Melayu. Meskipun demikian, masyarakat Melayu tidak menolak sepenuhnya amalan dan nilai tradisi Hindu dan mereka tetap mengekalkan unsur-unsur yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Syed Muhammad Naquib menegaskan bahawa agama Islam telah mengubah jiwa dan fisik masyarakat Melayu Malaysia dan Indonesia. Manakala Mohd Taib Osman pula berpendapat bahwa kedatangan Islam ke Nusantara telah membawa perubahan sehingga menjadikannya sebagian daripada dunia Islam (Ismail Hamid, 1991:60). Perubahan-perubahan yang maksudkan oleh kedua tokoh di atas dapat dilihat dari semua aspek kehidupan seperti bidang bahasa, sastra, intelektual, undang-undang, kepercayaan, politik, adat istiadat dan kesenian.
               Ajaran Islam juga menekan konsep persamaan antara sesama manusia. Ajaran ini membebaskan mereka dari belenggu perhambaan. Selain itu, Islam turut menjamin keadilan sosial tanpa melihat kelas dan derajat manusia. Jaminan ini seolah-olah mengembalikan harga diri mereka yang sekian lama dibelenggu dengan pemahaman kasta dalam ajaran Hindu. (Azam Hamzah 1997: 16)
              Sebab itu, melayu kamudian menjadi identik dengan Islam. Sebab, agama Islam merupakan unsur terpenting dalam tamadun Melayu. Oleh karena itu,  islam memiliki hubungan dengan tamadun melayu. Adapun pada makalah ini akan membahas tentang islam dan hubungan tamadun melayu yang meliputi: Pembinaan Agama, Pembinaan Nilai Jati diri, Pembinaan Nilai Seni dan Budaya, Pembinaan Nilai Politik dan Perundangan, Pembinaan Atas Dasar Ekonomi, Pengaruh Islam dalam institusi keuangan, dan Pembinaan Institusi Pendidikan (Bahasa, ilmu dan intelektual)

1.2     Rumusan Masalah
a.       Apa pengertian Islam?
b.      Apa pengertian tamadun melayu?
c.       Bagaimana Islam dan hubungan tamadun melayu?

1.3     Tujuan Penulisan
Agar pembaca dapat mengetahui pengertian Islam dan tamadun melayu, serta Islam dan hubungan tamadun melayu.













BAB II
PEMBAHASAN
ISLAM DAN HUBUNGAN TAMADUN MELAYU

2.1   Pengertian Islam
              Islam secara etimologi berarti tunduk, patuh, atau berserah diri. Adapun menurut syari’at (terminologi), apabila dimutlakkan berada pada dua pengertian:
              Pertama: Apabila disebutkan sendiri tanpa diiringi dengan kata iman, maka pengerian Islam mencakup seluruh agama, baik ushul (pokok) maupun furu’ (cabang), juga seluruh masalah aqidah, ibadah, keyakinan, perkataan, dan perbuatan. Jadi pengerian ini menunjukkan bahwa Islam adalah mengakui dengan lisan, meyakini dengan hati dan berserah diri kepada Allah Azza wa Jalla atas semua yang telah ditentukan dan ditakdirkan.
              Kedua: Apabila kata Islam disebutkan bersamaan dengan kata iman, maka yang dimaksud Islam adalah perkataan dan amal-amal lahiriyah yang dengannya terjaga diri dan hartanya, baik dia meyakini Islam atau tidak.                                   
              Islam adalah agama universal yang datang dari Allah SWT untuk semua manusia. Ia memberi sinar kepada manusia dalam mencorakkan tamadun ke arah kesempurnaan berdasarkan panduan wahyu Ilahi, di samping tidak mengetepikan peranan akal manusia. Sinar Islam turut dirasai oleh penduduk di rantau Alam Melayu apabila bermula usaha menyebarkan Islam. Usaha ini membuahkan hasil yang dapat disaksikan hingga hari ini karena tugas penyebaran Islam dipertanggungjawabkan kepada setiap umat Islam, tanpa melihat bangsa, warna kulit, keturunan dan jawatan. Justru itu, kini umat Islam berada di serata dunia dan terdiri dari berbagai bangsa dan warna kulit.[1]

2.2  Pengertian Tamadun Melayu
              Seperti kita ketahui bahwa tamadun itu berasal dari kata madina yaitu kota/Bandar yang di dalam berisikan peradaban. Sedangkan melayu adalah berasal dari kata mala (yang berarti mula) dan yu (yang berarti negeri) berarti tamadun melayu itu ialah kota yang penuh dengan peradaban atau tamadun melayu itu ialah suatu daerah dimana terdapat komunitas ras-ras melayu ataupun rumpun-rumpun melayu yang telah maju peradabannya dan kebudayaannya, baik itu di sektor politik atau pemerintahan, teknologi, ekonomi, dan pengolahan di bidang agraris dan maritim, selain itu komunitas ini juga tetap menjunjung tinggi nilai kebudayaan, agama islam, social yang mencakup pentauhidan kepada Allah SWT, akhlak dan hubungan antar manusia.
              Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dengan berbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawa. (TITAS, 2004: 163) Sebelum Perang Dunia II, kawasan ini dirujuk sebagai Asia of the Monsoons, East Indies dan juga Further India atau Hindia Jauh. (Azam Hamzah, 1997: 1)
              Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di seluruh rantau Alam Melayu. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu tamadun bangsa di rantau Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman terhadap Tamadun Islam. Ini karena kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau Alam Melayu secara keseluruhannya. Pengajaran akidah Islam oleh para mubaligh Islam di seluruh rantau Alam Melayu secara bertahap-tahap telah membina asas Tamadun Melayu. Situasi ini bertambah mantap apabila para mubaligh berjaya menarik minat pemerintah Melayu. Sedikit demi sedikit pemerintah Melayu beralih kepada kepercayaan Islam. Penerimaan ini memberi kesan yang amat besar kepada pembinaan Tamadun Melayu sebagai satu tamadun yang menghubungjalin suku kaum Melayu yang pelbagai. Sebagai contohnya, Merah Silu di Pasai, Sumatera telah menerima akidah Islam. Demikian juga Parameswara di Melaka telah bersedia menerima akidah Islam dari Syed Abdul Aziz untuk dirinya, keluarganya dan kemudiannya masyarakat Melayu secara bertahap-tahap mengikut jejak pemerintahnya.
              Tamadun Melayu terbina dengan nilai falsafah Islam yang tercerna dalam world view masyarakat Melayu. Setiap gerak, tingkah dan usaha orang Melayu disandarkan kepada falsafah Islam. Justru itu, akar umbi bagi Tamadun Melayu adalah Tamadun Islam. Hal ini menjadi kaitan utama karena Islam telah berjaya merubah kepercayaan, pemikiran, cita rasa dan tingkah laku masyarakat Melayu di negara dan rantau ini. Menurut Mohd Taib Osman (1988: 2);
“Budaya orang Melayu; persambungan dan perubahan berlaku setiap kali tibanya pengaruh peradaban-peradaban luar, pertamanya daripada peradaban India, kemudian peradaban Islam dan mulai abad yang lalu, kita di Semenanjung secara menyeluruh, daripada peradaban Barat moden. Pada tiap-tiap titik tibanya pengaruh luar itu, terdapat ciri-ciri yang telah sedia memperlanjutkan budaya di samping munculnya ciri-ciri yang mengasaskan perubahan”.[2]
2.3  Islam dan Hubungan Tamadun Melayu
               Hubungan agama dan kebudayaan yang kemudian berjalan secara balas-membalas, dapat memberi asumsi bahwa semakin baik kualitas suatu agama akan semakin baik pula kualitas budaya yang dilahirkannya.[3] Adapun hubungan islam dengan tamadun melayu antara lain:
1)        Pembinaan Agama
               Agama Islam memainkan peranan yang penting dalam membina Tamadun Melayu. Hubungan antara agama Islam yang telah memperkenalkan pengetahuan bercorak falsafah, pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dengan Tamadun Melayu yang berpaksikan kepada nilai persekitaran, telah memberi ruang kepada Tamadun Islam mendominasi arah aliran pemikiran masyarakat Melayu. Tamadun Islam telah mengubah corak dan gaya penekanannya daripada unsur-unsur estetika yang bercorak Hindu-Buddha kepada corak akliah yang lebih kompetitif dan sesuai dengan kehendak jiwa dan penerimaan akal.
               Dari aspek ajaran kemasyarakatan Islam telah menekankan unsur-unsur persamaan, sosial, keadilan, individu dan keperibadian insan, yang meletakkan manusia adalah mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri dan bersamaan antara satu sama lain. Dengan keserasian ajaran yang diketengahkan oleh Islam dan kesesuaiannya dengan cita rasa dan kehendak manusia, Islam telah menjadi landasan pegangan masyarakat Melayu.
Salah satu pendekatan yang diketengahkan oleh Islam dalam mempamerkan keindahan ajaran dan kemurnian isi kandungannya ialah melalui pendekatan ilmu. Tradisi ilmu pengetahuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan tradisi pendidikan dan pengajaran. Setiap orang berhak menerima dan mempelajari ilmu. Fahaman ini memberi ruang kepada masyarakat Melayu untuk lebih banyak berfikir dan berdaya maju. Dorongan belajar yang diketengahkan oleh Islam bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan diselangselikan dengan membaca dan menyelongkar isi kandungan naskhah-naskhah kitab yang telah ditulis oleh ulama terdahulu. Situasi ini telah mencetuskan fenomena baru kepada perkembangan intelektual masyarakat Melayu.
Kecenderungan ini telah membuka ruang ke arah penubuhan pusat-pusat pengajian bermula dari masjid atau surau dan berkembang luas dalam bentuk yang lebih sistematik dan teratur. Sekolah-sekolah seperti madrasah, pondok, pesantren, rangkang dan lain-lain didirikan bagi menampung lebih ramai pelajar yang telah mula sedar betapa pentingnya ilmu dalam membangunkan tamadun sesuatu bangsa. Sejarah memperlihatkan Pasai yang telah memulakan tradisi pendidikan di istana pada abad ke-13 M dan diikuti oleh istana Melaka pada abad ke-15 M dan Aceh abad ke-16 M. Selepas kejatuhan empayar Melayu yang luas jajahan takluknya, pusat-pusat pendidikan berkembang di luar tradisi bangsawan yang berpaut di istana dan tersebar di kalangan rakyat yang merupakan tradisi bawahan. Ini dapat dilihat dengan lahirnya sistem pengajian rangkang di Aceh, sistem pengajian pondok di Patani dan Kelantan, langgar di Kedah dan pesantren di Pulau Jawa.
Melalui sistem pengajian ini lahir golongan cendekiawan dan ulama-ulama Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh Melayu yang terkenal seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel dari Aceh, Syeikh Abdul Malik Abdullah di Terengganu pada abad ke-18 M, Syeikh Daud al-Fatani dan Abdul Samad Palembang pada abd ke-1 M dan lain-lain. Penubuhan institusi pengajian Islam ini turut mengubah pandangan dunia orang Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa (Allah), Nabi-nabi, Rasul-rasul, Malaikat, Kitab-kitab suci seperti Injil, Zabur dan al-Qur’an. Keimanan mereka turut diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji.
Sekalipun Islam telah mencorakkan kehidupan masyarakat Melayu, namun ia tidak menolak amalan agama yang telah menjadi pegangan masyarakat lain, seperti agama Hindu, Buddha, Sikh, dan Kristen. Berbagai pegangan itu tidak menjadi halangan pada masyarakat Melayu untuk menjadikan ajaran agama Islam sebagai dasar dan pegangan kepada Negara. Malah telah berlakunya interaksi antara agama dan saling menerima dan menghormati antara satu sama lain. Dalam membina ketamadunan bangsa dan negara, kerjasama antara kaum dan interaksi antara agama dijadikan asas kepada pembentukan sebuah negara moden. Orang Melayu dan kaum lain diberi ruang untuk sama menyumbang ke arah pembinaan negara moden. Sejarah Malaysia membuktikan, ketika membentuk Perlembagaan Persekutuan 1956, perkara agama tidak dikesampingkan, malah ia menjadi perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan agama Islam adalah agama bagi persekutuan. Walau bagaimanapun agama-agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang halangan atau gangguan daripada mana-mana pihak. Dalam kata lain, agama adalah salah satu aspek penting dan perlu diambil kira dalam membentuk dan membangun tamadun negara.
2)      Pembinaan Nilai Jati diri
Selain daripada peranan agama dalam membangun sesebuah negara, peranan nilai juga tidak boleh dikesampingkan dalam membentuk ketamadunan sesuatu bangsa. Nilai juga menjadi nadi kepada ketamadunan sesebuah bangsa. Jatuh bangun, maju mundur, cemerlang dan gagal sesebuah bangsa dan negara berkait rapat dengan amalan nilai sesuatu bangsa. Kerana itu peranan nilai tidak boleh dipandang remeh dalam menentukan kebangunan dan kelangsungan tamadun sesuatu bangsa.
Kewujudan dan pengiktirafan terhadap beberapa tamadun silam seperti tamadun Islam, India, China, Jepun dan tamadun Melayu berkait rapat dengan nilai yang diamalkan oleh masyarakat tersebut. Islam sebagai agama bagi persekutuan dan agama yang telah berakar umbi menjadi amalan tradisi masyarakat Melayu mempunyai nilai-nilai unik yang sesuai dan dapat diterima pakai oleh bangsa lain. Antara nilai yang diketengahkan dan menjadi asas kepada pembentukan tamadun bangsa Melayu sebagai asas kepada pembentukan Tamadun Malaysia seperti bertanggungjawab, jihad, istiqamah, ihsan, jujur dan ikhlas, adil, bijaksana, bertolak ansur, cekap, produktif, dedikasi dan kerjasama.
Jika diperhatikan secara halus, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu bertitik tolak daripada keluarga. Keluarga dilihat sebagai agen sosialisasi utama dalam masyarakat. Apabila keluarga telah menjalankan tanggungjawab, ia telah menyelesaikan sebahagian tuntutan dalam pembinaan ketamadunan bangsa. Oleh kerana masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh Islam sebagai teras kehidupan, mereka telah menjadikan ajaran ini sebagai nadi pembentukan nilai dan peradaban. Pelbagai pantang larang telah diasuh dan perlu diikuti oleh masyarakat Melayu dalam usaha mereka membina satu gagasan jati diri yang lebih baik. Misalnya, ibu yang sedang mengandung diberi peraturan supaya tidak melakukan perbuatan yang buruk dan keji kerana perbuatan tersebut akan memberi kesan kepada nilai dan peradaban anak yang akan dilahirkan kelak. Justeru itu, ibu bapa dikehendaki melakukan perkara yang baik dan tidak meninggalkan suruhan agama agar anak yang dilahirkan mewarisi nilai yang dilakukan oleh kedua orang tuanya. Ini bermakna orang Melayu percaya terhadap nilai perlakuan ibu dan bapa akan memberi kesan yang mendalam kepada anak yang akan dilahirkan.
Oleh itu, masyarakat Melayu amat prihatin dalam proses mendidik anak. Bagi mereka, proses pendidikan bukan bermula apabila anak itu dilahirkan, namun ia lebih jauh daripada itu, iaitu ketika mereka berusaha hendak mendirikan rumah tangga, dan juga ketika mereka hendak bersatu. Pembinaan jati diri Melayu bukan saja ketika semasa ibu sedang mengandung saja, tetapi ia menjangkau pada bayi yang telah dilahirkan. Sewaktu anak dilahirkan, mereka akan berusaha menyerapkan nilai kebesaran dan keagungan Tuhan dengan melafazkan adzan agar kalimah tauhid tersebut menjadi dasar pegangan anak yang baru dilahirkan. Mereka akan berusaha memberi nama dengan nama yang bisa melambangkan nilai keperibadian yang baik dan murni. Dengan cara ini, mereka yakin usaha yang dilakukan itu memberi kesan baik kepada pembentukan jati diri anak.
3)      Pembinaan Nilai Seni dan Budaya
Selain daripada pembinaan jati diri Melayu, Tamadun Islam telah banyak mempengaruhi Tamadun Melayu dalam aspek seni. Kesenian Melayu seperti seni lagu, seni tari, seni ukiran, seni bina, seni hias mahupun seni drama banyak dipengaruhi oleh nilai kesenian Islam. Sebagai contohnya, seni bina masjid dalam Tamadun Melayu telah dipengaruhi oleh seni tampak dan seni reka Islam, walaupun dalam pembinaannya terdapat beberapa pengaruh luar seperti reka bentuk masjid dari Asia Barat. Gabungan seni tempatan dan luar telah menjadi lambang kekuatan seni bina Melayu. Antara nilai seni tampak yang diperkenalkan dan ditonjolkan sebagai imej kepada seni bina Islam di Alam Melayu jelas terpapar pada kubah yang bertingkat. Demikian juga ruang-ruang lain seperti bentuk mihrab dan bahan untuk membina masjid.
Selain seni bina masjid, seni ukiran Islam juga dapat dilihat pada seni ukir batu-batu nisan di kawasan perkuburan orang-orang Islam. Seni lukisan pula bercorak benda-benda yang tidak bernyawa menjadi asas kepada seni lukis orang Melayu kerana Islam tidak membenarkan lukisan yang bercorak haiwan atau benda bernyawa. Masyarakat Melayu melihat alam semula jadi sebagai sumber ilham dalam menghasilkan keindahan karya lukisan mereka dengan menerapkan bunga, daun-daun dan segala elemen tumbuhan-tumbuhan. Selain itu, motif geometri turut menjadi objek tata nilai dalam karya orang Melayu. Warisan kesenian Islam ini dapat dilihat dan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk hasil seni orang Melayu seperti pada tenunan, ukiran, dan barang-barang hiasan rumah.
Seni lagu dan musik dalam pengaruh ini lebih dikenali sebagai nasyid, qasidah, sajak, gurindam, syair, seloka dan pantun. Demikian juga dari aspek peralatan musik yang diperkenalkan dan menjadi amalan masyarakat Melayu, juga dipengaruhi oleh nilai Islam, walaupun peralatan tersebut dibawa dari luar Alam Melayu seperti dari Asia Barat. Antara alat-alat musik dari Asia Barat yang mendapat tempat dalam musik tempatan seperti rebana, kompang, kecapi, seruling, gambus, gambang, dan gong.
Seni tulis masyarakat Melayu juga tidak terlepas daripada pengaruh nilai budaya Islam. Ini dapat dilihat daripada seni khat dan kaligrafi Melayu yang menggunakan ayat-ayat al-Qur’an atau hadis-hadis Nabi sebagai sumber ilham bagi menghasilkan ukiran atau tulisan. Karya-karya dalam bentuk ini merupakan kesenian yang paling rapat dengan cita rasa seni Islam.
4)      Pembinaan Nilai Politik dan Perundangan
Interaksi peradaban Islam dengan Alam Melayu telah bermula kira-kira abad ke-10 M. Namun begitu, proses perubahan akibat interaksi ini berlaku agak perlahan karena pengaruh Hindu masih mencengkam dalam minda masyarakat Melayu, di samping golongan elit yang masih selesa dengan amalan Hindu-Buddha. Walau bagaimanapun, kehadiran Islam di Alam Melayu akhirnya telah membawa perubahan besar dalam kehidupan masyarakat Melayu, sehingga unsur-unsur Hindu-Buddha hampir terhakis dan yang kekal hanyalah aspek yang bersesuaian dengan ajaran Islam.
Perlembagaan Persekutuan turut memperuntukkan kuasa mentadbir undang-undang Islam pada pihak berkuasa negeri selaku ketua agama di sebuah negeri atau wilayah. Ketua agama di negeri masing-masing dipertanggungjawab melaksanakan tugas dengan nasihat Majlis Agama Islam yang mempunyai kuasa seperti berikut:
a.       Mengeluarkan fatwa mengenai sesuatu isu undang-undang Islam yang dirujukkan kepadanya.
b.      Mentadbir harta-harta wakaf.
c.       Membuat peraturan pungutan dan pembahagian zakat fitrah.
d.      Melantik jawatan kuasa syariah, kariah dan Maulud Nabi.
e.       Mentadbirkan masjid dan sekolah-sekolah agama.
f.       Mendaftarkan orang-orang yang memeluk Islam.

5)      Pembinaan Atas Dasar Ekonomi
               Peranan Islam dalam aspek pembangunan ekonomi umat Melayu di zaman awal pertapakan Islam jelas dapat ditelusuri melalui kemunculan dan perkembangan kawasan dagangan umat Melayu. Jika sebelum pertapakan Islam di Alam Melayu, kawasan operasi ekonomi Melayu hanya terbatas pada wilayah-wilayah di India sahaja tetapi setelah penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu, kawasan perdagangan umat Melayu telah berkembang hingga ke Semenanjung Tanah Arab. Sehubungan itu banyaklah hasil-hasil dagangan luar mula masuk ke wilayah Alam Melayu dan serentak itu hasil-hasil ekonomi Alam Melayu mula dikenali oleh masyarakat luar.
      Agama Islam juga telah mempengaruhi kaedah dan transaksi ekonomi masyarakat Alam Melayu. Sistem ekonomi yang berdasarkan syariat Islam mula diperkenalkan. Kegiatan ekonomi masyarakat Islam yang rancak telah menjana pembangunan dan kepentingan umat dengan cara memberi sumbangan dan memenuhi kewajiban agama Islam seperti berzakat dan bersedekah. Keadaan ini berterusan sehingga kedatangan pihak penjajah yang mula memperkenalkan sistem ekonomi moden (acuan Barat) yang tidak bertitik tolak dari syariat Islam.
6)      Pengaruh Islam dalam institusi keuangan
              Agama Islam turut mempengaruhi aktivitas ekonomi masyarakat Islam. Masyarakat Melayu mempunyai azam dan cita-cita untuk melaksanakan Islam dalam aspek ekonomi. Justru itu, usaha ini telah membawa kepada penggubalan dasar dan perubahan dalam perundangan ekonomi sehingga membawa kepada penubuhan institusi-institusi Islam yang memainkan peranan penting dalam ekonomi dan perniagaan Islam di Malaysia.

7)      Pembinaan Institusi Pendidikan (Bahasa, ilmu dan intelektual)
              Menurut Winstedt, bahasa Melayu sebelum kewujudan Islam di Alam Melayu ditulis dengan menggunakan huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Pallava, India. Manakala tulisan Jawi mulai terkenal dalam Tamadun Melayu selepas kedatangan Islam. Huruf Arab yang berasal dari al-Qur’an telah menggantikan huruf Kawi dan Nagari. Oleh itu, kedatangan Islam ke Alam Melayu ini telah melahirkan satu bentuk tulisan baru bagi masyarakat rantau ini yang dikenali sebagai tulisan jawi. Ia merupakan satu bentuk tulisan baru yang dicipta oleh sekumpulan masyarakat Islam keturunan Parsi yang menetap di bahagian utara Sumatera. Tulisan ini menggabungkan huruf Arab-Parsi yang kemudian dikenali sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini kemudiannya telah digunakan secara meluas dalam bidang penulisan kitab-kitab agama Islam yang menjadi medium utama penyebaran ajaran Islam di daerah Nusantara ini.
              Perkembangan dan penggunaan tulisan jawi telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Sejajar itu istilah-istilah agama Islam telah diserap menjadi sebahagian istilah bahasa Melayu. Sebagai contohnya, perkataan akidah, iman, ihsan, sedekah, zakat, wajib dan lain-lain adalah perkataan bahasa Arab untuk menjelaskan ajaran Islam yang telah menjadi sebagian perkataan bahasa Melayu.
              Agama Islam turut berjaya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Lingua Franca atau bahasa perantaraan dalam menjalin hubungan dengan masyarakat luar. Bahasa Melayu yang diucapkan oleh seluruh masyarakat Melayu di wilayah Alam Melayu telah menjadi bahasa pengantar agama Islam di Gugusan Kepulauan Melayu di samping menjadi bahasa ilmu, sosio-politiik serta sosio-ekonomi. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara telah memungkinkan wilayah ini menjadi “emporium besar” yang berjaya menarik minat masyarakat di luar wilayah gugusan Melayu ini.
              Penggunaan bahasa Melayu bertambah kukuh dengan terhasilnya karya-karya kesusasteraan Melayu sama ada berbentuk karya saduran dari sastera Timur Tengah dan Asia Barat atau karya asli ilmuwan dan sasterawan Melayu. Melalui penghasilan karya yang menggunakan tulisan jawi, bahasa Melayu telah berjaya menjadi perantara segala ilmu dan maklumat Islam. Perkembangan Islam melalui medium penting ini telah membawa manfaat besar kepada masyarakat Alam Melayu untuk memahami ajaran Islam. Ini menjadi pendorong kukuh kepada para pendakwah dan ilmuwan Islam untuk memperbanyakkan hsil penulisan berkaitan Islam demi mencapai hasrat dakwah Islam. Penggunaan tulisan jawi yang diasaskan kepada huruf-huruf Arab dengan penambahan lima huruf baru (Nya - ?, Ca -? , Ga -? , Pa -? dan Nga - ?) telah menambah nilai kekuatan bahasa Melayu. Hasilnya perbendaharaan kata dan istilah Melayu dikembangkan melalui pengaruh bahasa Arab dan bahasa Parsi di samping pemakaian huruf Arab sedia ada.
              Selain itu, Islam telah memperkenalkan pengetahuan bercorak falsafah, pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual di rantau Alam Melayu. Melalui pemikiran rasional, Islam menekankan unsur-unsur persamaan sosial, keadilan dan keperibadian mulia dalam mewujudkan masyarakat harmoni di rantau ini. Perkembangan ini telah mengubah penekanan unsur-unsur estetika yang bercorak fahaman Hindu-Buddha kepada bercorak akliah Islamiah.
              Ilmu pengetahuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan tradisi pendidikan dan pengajaran. Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab-kitab mengenai ajaran Islam. Pusat pengajian mulai tumbuh di masjid atau surau. Selanjutnya, sekolah-sekolah seperti madrasah, pondok, pesantren, rangkeng dan lain-lain didirikan bagi menampung para pelajar yang semakin ramai. Pasai sebagai contohnya, telah memulakan tradisi pendidikan di istana pada abad 13 M. Demikian juga istana Melaka pada abad 15 M dan Kesultanan Aceh abad 16 M. Selepas kejatuhan empayar Melayu, pusat-pusat pendidikan telah berkembang di luar tradisi tinggi yang berpusat di istana berpindah di kalangan rakyat jelata yang mewakili tradisi rendah. Ini dibuktikan dengan lahirnya sistem pengajian rangkeng di Aceh, sistem pengajian pondok di Patani, Kelantan dan Kedah dan seterusnya pesantren di Pulau Jawa.[4]

BAB III
PENUTUP

3.1  Kesimpulan
              Islam adalah agama universal yang datang dari Allah SWT untuk semua manusia. Ia memberi sinar kepada manusia dalam mencorakkan tamadun ke arah kesempurnaan berdasarkan panduan wahyu Ilahi, di samping tidak mengetepikan peranan akal manusia. Sinar Islam turut dirasai oleh penduduk di rantau Alam Melayu apabila bermula usaha menyebarkan Islam.
              Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara.
              Hubungan agama dan kebudayaan yang kemudian berjalan secara balas-membalas, dapat memberi asumsi bahwa semakin baik kualitas suatu agama akan semakin baik pula kualitas budaya yang dilahirkannya.
              Adapun hubungan islam dengan tamadun melayu antara lain: Pembinaan Agama, Pembinaan Nilai Jati diri, Pembinaan Nilai Seni dan Budaya, Pembinaan Nilai Politik dan Perundangan, Pembinaan Atas Dasar Ekonomi, Pengaruh Islam dalam institusi keuangan, dan Pembinaan Institusi Pendidikan (Bahasa, ilmu dan intelektual)
3.2  Saran
              Dengan adanya makalah ini penulis berharap pembaca dapat menambah ilmu pengetahuan dan wawasan mengenai hakikat aqidah dan akhlak. Penulis menyadari bahwa makalah ini terdapat kekurangan dan jauh dari kesempurnaan. Oleh karena itu, penulis mengharapkan adanya kritik dan saran yang membangun.


DAFTAR PUSTAKA

UU. Hamidy. 1999. Islam dan Masyarakat Melayu di Riau. Pekanbaru: UIR Press

1 komentar:

  1. Harrah's Resort Southern California - Mapyro
    Get directions, reviews and 영주 출장샵 information for Harrah's Resort 서울특별 출장안마 Southern California in 김천 출장안마 Valley Center, CA. 777 Harrahs 동두천 출장샵 Rincon Way 92082 안산 출장샵 760-751-5000.

    BalasHapus